Sunday 25 March 2012

PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO

Pengenalan

Pengajaran bahasa Melayu Secara sidang video merupakan salah satu pengajaran yang membantu P&P bahasa. Melayu selain menggunakan paparan media seperti audio dan video sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas.


Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.
Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.
Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling


Konferensi Secara Atas Alian
Menurut kamus dewan bahasa keempat, koferensi bermaksud pertemuan formal untuk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Selain itu juga ia merupakan perbincangan tentang sesuatu perkara, terutamanya di kalangan pihak-pihak yang mempunyai minat dan kepentingan bersama. Koferensi selalunya berlaku di atas talian iaitu menggunakan internet.
Transmisi sidang video
Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu:
(i) Cekup (capture)
- Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio
- Kamera menukar video ke dala format digital dan dihantar kepada perisian siding video yang kemudiannya dimampatkan.
(ii) Mampat
- Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
- Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem
(iii) Siar
- Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa. Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.


Kebaikan menggunakan Sidang Video
i. Mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa.
ii. Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagian hieraki sektor korporat dan lain-lain sektor.
iii. Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
iv. Membuat keputusan dengan cepat dan spontan.
v. Mempertingkatkan komunikasi.
vi. Penambahbaikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja.

Kelemahan menggunakan Sidang Video
i. Kemudahan teknologi, perkakasan dan perisian yang mahal.
ii. Merupakan satu ancaman kerana kurang pengalaman untuk menceburkan diri dalam teknologi baru ini.

Thursday 9 February 2012

KISAH ANJING DAN BAYANG-BAYANG



Jawab soalan dibawah berdasarkan rakaman video diatas.


1) Huraikan sikap negatif yang ada pada watak anjing dalam cerita di atas.


2) Berikan tiga jenis pengajaran yang boleh kita pelajari daripada rakaman video di atas.


3) Pada pendapat kamu apakah akibat sekiranya manusia mempunyai sikap sama seperti watak anjing dalam     cerita tersebut ?

Tuesday 7 February 2012

PERTANDINGAN PANTUN

 


JAWAB SOALAN DIBAWAH BERDASARKAN VIDEO TERSEBUT.

1) Senaraikan 5 nilai murni yang terkandung dalam pantun tersebut.

2) Nyatakan tema yang sesuai berdasarkan pantun yang telah didengari.

3) Nyatakan 10 jenis unsur alam yang terdapat dalam pantun di atas.

KISAH TIGA RAKAN

 

Jawab soalan dibawah berdasarkan rakaman video di atas.

1) Nyatakan tiga jenis kaum yang terlibat dalam watak cerita tersebut.

2) Senaraikan nilai lima nilai murni yang kita dapati dalam rakaman video di atas.

3) Pada pendapat anda apakah yang akan terjadi sekiranya ketiadaan sungai di kawasan tersebut?

Monday 6 February 2012

PANTUN TERSIRAT

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


Matahari terlindung cuaca redup,
Budak bermain senangnya hati;
Ilmu itu pelita hidup,
Harus dicari hingga ke mati.



Gembira sungguh di hari raya,
Tetamu datang tiada henti;
Kaya ada bermacam kaya,
Ilmu di dada paling bererti.


Pak Lebai memakai kopiah,
Sambil tersenyum melayan tetamu;
Mencari ilmu bukannya payah,
Asalkan rajin tak kenal jemu.


Hati gembira apabila bertemu,
Setelah lama asyik berjauhan;
Membaca itu jambatan ilmu,
Rajin bertanya luas pengetahuan.




1. Apakah maksud baris 'Ilmu itu pelita hidup'?



a. Ilmu dapat mencerahkan kehidupan manusia.
b. Pelita diperlukan semasa mencari ilmu.
c. lmu akan dibawa hingga ke mati.
d. Ilmu itu dapat menghidupkan pelita.


2. Perkataan 'payah' dalam rangkap ketiga sama ertinya dengan


a. rahsia
b. seksa
c. sukar
d. mudah


3. Menurut puisi di atas, sikap suka bertanya boleh menjadikan seseorang itu


a. kaya dengan ilmu
b. membantu seseorang semasa membaca untuk mencari ilmu.
c. menambah pengetahuan orang yang bertanya itu.
d. menjadi jambatan ilmu kepada orang yang rajin membaca.


4. Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali


a. kita jangan berasa bosan dalam mencari ilmu.
b. kekayaan yang paling bermakna ialah kaya ilmu'.
c. membaca merupakan salah satu cara mendapatkan ilmu.
d. Ilmu baik dan ilmu jahat boleh diamalkan dan dijauhi.


5. Tajuk yang paling sesuai bagi puisi di atas ialah


a. Mari Berpuisi
b. Faedah Ilmu
c. Pantun Ilmu
d. llmu Dalam Pantun

SOALAN MELENGKAPKAN AYAT

Gariskan penjodoh bilangan yang sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.

1. Kakak Tina membelikan empat (biji,buah,batang) pensel untuk adiknya.

2. Mohd. Fikri memberikan susu kepada tiga (orang,ekor,buah) anak kucingnya yang baru
lahir itu.

3. Ayah membeli se (puntung,bilah,laras) pisau di kedai Pak Katon.

4. Ibu menanam enam (rumpun,buah,biji) pokok serai di belakang rumah.

5. Karangan itu panjangnya hendaklah tidak melebihi seratus (rangkap, patah,butir)
perkataan.

SOALAN BAHAN RANGSANGAN


Berdasarkan gambar di atas bina sebuah karangan autobiografi. Panjang karangan tidak lebih daripada 180 patah perkataan.