Thursday 2 February 2012

SOALAN KEFAHAMAN BAHASA MELAYU


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari!
Samat : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar
dalam akhbar tu.
Eee............ngerinya!
Chan : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus-putus keluar cerita tentang ular sawa dalam akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam -macam lagi
Samat : Apa yang peliknya, Chan Memanglah berita sensasi macam tu disukai oleh orang ramai Jadi wartawan pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari cerita -cerita sedemikian!
Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. Haa. masa tu barulah heboh satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang dilindungi?
Samat : Tahu. baru semalam Cikgu Lina beritahu
Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika mencedera atau membunuh ular.
Chan : Hukumannya berat juga Kita boleh kena denda hingga RM3 000 atau penjara!
Samat : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali!
Gopal : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat -cepatlah lari Jangan cuba-cuba nak pukul atau bunuh!
Chan : Kenapa? Kamu takut ke?
Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular sawa, awak kena masuk penjara pula!

1. Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan di atas?
A : Bayang-bayang ular sawa menelan manusia
B : Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusia
C : Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbar
D : Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal.

2. Perkataan 'sensasi' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan
perkataan
A : menakutkan
B : menggemparkan
C : menghairankan
D : menyeronokkan

3. Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecuali
A : ular sawa menelan gajah
B : ular sawa menelan kambing
C : ular sawa menelan ayam
D : ular sawa menelan manusia

4. Apakah hukuman yang paling berat boleh dikenakan terhadap orang yang
bersalah kerana mencederakan atau membunuh ular sawa?
A : Denda sehingga RM3 000
B : Dikenakan hukuman penjara.
C : Dihukum penjara dan denda RM3 000 Denda RM3 000 atau dihukum
penjara

5. Ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh kerana
A : hukumannya sangat berat.
B : ia merupakan sejenis binatang yang dilindungi.
C : kita hanya boleh lari apabila terjumpa ular sawa.
kita boleh dihukum penjara.

No comments:

Post a Comment