Pilih jawapan yang sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.
1. Kim Leng _______ pokok bunga itu air basuhan beras.
a. mencurahi b. dicurahkan c. mencurahkan d. dicurahi
2. Guru yang _______ Bahasa Malaysia di sekolah saya telah bertukar ke Sabah.
a. mengajar b. mengajarkan c. ajarkan d. diajarkan
3. Ubi itu akan _______ oleh kakak saya sebentar lagi.
a. ditanak b. dikukus c. direbus d. dijerang
4. Pelayan kedai makan itu________dulang dengan sebelah tangan sahaja.
a. mengandas b. menjinjing c. menatang. d. membimbit
5. ______ pemandu kenderaan itu telah disaman,_________ dia tetap berdegil
dengan meletakkan kenderaannya di kawasan tunda itu.
a. Biarpun , begitu juga
b. Mestipun , kecuari.
c. Walaupun, namum
d. Sungguhpun, maka.
6.Dalam kemalangan itu banyak yang cedera _________ terbunuh. ________
pemandu lori itu pula hanya cedera ringan.
a. lalu, Biarpun
b. dan, Manakah
c. apabila, Sementara
d. maka, Adapun.
7. Berikan beberapa_________cempedak dan se______ rambutan ini kepadanya.
a. biji, buah
b. berkas, butir
c. tangkai, biji
d. ulas, ikat.
8. Sebelum hujan, beberapa _______ bintang kelihatan di langit.
a. biji b. kelompok c. buah d. gerombolan
9. Dia membaling anjing itu dengan se ______ kayu api.
a. batang b. papan c. berkas d. laras
10. ________ pohon kemboja itu dicantas oleh ayah.
a. sebatang b. secebis c. seranting d. sebelah
No comments:
Post a Comment